SENARAI DOKUMEN UTAMA DAN SOKONGAN BAGI PERSIJILAN MS ISO 9001:2015 DI UMPSA

UMPSA sedang bergerak ke arah mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2015 di bawah skop Pembangunan Dan Pengurusan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda yang disasarkan untuk diperolehi pada tahun 2024. Oleh itu, beberapa usaha atau aktiviti gerak kerja secara bersama telah dimulakan oleh sekretariat di UMPSA bagi memastikan sasaran tersebut tercapai.

Beberapa dokumen utama dan sokongan telah dibangunkan dan diluluskan oleh Mesyuarat Senat UMPSA Ke-213 Bil 9/2023 pada 24 Ogos 2023 untuk digunakan pada Semester Satu (1) Sesi Akademik 2023/2024 atau berkuatkuasa bermula pada 1 September 2023 ke seluruh UMPSA.

Dokumen utama dan sokongan untuk persijilan MS ISO 9001:2015 ini dikategorikan kepada Manual Kualiti (MK), Prosedur Kualiti Utama (PK(U)), Prosedur Kualiti Pengurusan (PK(P)) dan Prosedur Kualiti Sokongan/Operasi (PK(O)). Ianya diedarkan secara maya kepada semua staf UMPSA di e-community untuk rujukan dalam operasi kerja di PTJ masing-masing.

Sila login menggunakan email UMPSA untuk mencapai dokumen tersebut.